China Sasar Bina Pangkalan Di Bulan Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang

Negara China tidak pernah lari daripada mengimpikan sesuatu yang diluar jangkaan dalam industri teknologi sejak beberapa dekat lalu.

Terbaru, mereka dikatakan bercadang untuk mendirikan satu pangkalan di Bulan dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Pangkalan itu dikatakan akan digunakan sebagai sebahagian daripada persediaan mereka untuk menjelajah planet Marikh di masa akan datang.

Pada awal tahun lalu, mereka telah mencipta sejarah apabila berjaya mendaratkan pendarat Chang'e 4 serta rover Yutu 2 dan pernah cuba menanam tumbuhan di permukaan Bulan.

https://youtu.be/ciXXj0Tj7zk

Cadangan untuk mendirikan pangkalan itu telah dinyatakan oleh Zhang Kejian, Ketua Jabatan Angkasa Kebangsaan China baru-baru ini.

Pangkalan itu dikatakan akan dibina di bahagian kutub Selatan Bulan yang berais. Ais adalah penting bagi pangkalan itu untuk membekalkan air serta boleh digunapakai untuk komponen minyak roket.

Misi Chang'e 4 dan Yutu 2 akan berakhir pada hujung tahun ini dan China dijangka akan terus menjalankan misi angkasa di tahun-tahun mendatang.

 

Sumber: Express UK