Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China ‘Menghormati’ Trump Tukar AI Kepada ‘SI’

China ‘Menghormati’ Trump Tukar AI Kepada ‘SI’

Diterbitkan September 28, 2026 oleh ariff bukhari

China “menghormati” tindakan Washington yang menukar penggunaan istilah daripada kecerdasan buatan (artificial intelligence) kepada “kepintaran super” (super intelligence), menurut kementerian luar negara itu pada hari Sabtu, selepas Donald Trump memberitahu bahawa Xi Jinping dilihat menyukai penukaran istilah berkenaan.

Presiden AS itu mengumumkan pada hari Selasa bahawa pentadbiran beliau akan menamakan semula AI sebagai “super intelligence“, atau SI, dalam komunikasi rasmi.

Teknologi tersebut menjadi antara agenda utama semasa sidang kemuncak antara pemimpin AS dan China di Washington pada minggu ini.

 

“Seperti kebanyakan orang lain, (Xi) dilihat menyukai tindakan menamakan semula Kecerdasan Buatan yang disifatkan kurang tepat dan tidak betul kepada nama yang jauh lebih tepat dan penting, KEPINTARAN SUPER,” tulis Trump di platform media sosial beliau selepas mengadakan perbincangan dengan Xi.

China belum mengesahkan atau menafikan secara eksplisit gambaran perbincangan yang disampaikan oleh Trump itu.

Walau bagaimanapun, kementerian luar Beijing pada hari Sabtu menyatakan bahawa ia “memberi perhatian” terhadap penggunaan istilah tersebut oleh Trump.

 

“Mengenai isu penggunaan istilah kecerdasan buatan, pihak China memberi perhatian kepada pendirian pihak AS dan menghormati penggunaan istilah oleh pihak AS,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Teknologi kecerdasan buatan sentiasa berkembang, semua pihak boleh memperkukuh pertukaran fikiran, berbincang secara mendalam dan mencari konsensus berdasarkan situasi terkini,” kata kenyataan daripada jurucakap kementerian yang tidak dinamakan itu.

China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk mewujudkan “saluran komunikasi” bagi insiden berkaitan AI, kata kedua-dua pihak selepas sidang kemuncak tersebut.

Trump, yang merupakan seorang bilionair, berulang kali menolak kebimbangan bahawa AI boleh memberi ancaman kepada kemanusiaan, manakala Xi mengambil nada yang lebih berhati-hati dan menyatakan bahawa teknologi berkenaan mesti berkembang di bawah kawalan manusia. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Trump Tukar Istilah AI Di AS Kepada "Super Intelligence"
  • Copilot Kini Jadi Pusat Utama Aplikasi Microsoft 365

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
©2026 WISER.MY