China Mengetatkan Aktiviti Atas Talian Mereka

China sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi telah mengetatkan peraturan internet mereka dengan menguatkuasakan pendaftaran nama sebenar bagi menyelia komen-komen di atas talian.

Peraturan baru itu meminta pengguna internet untuk mendaftar menggunakan nama sebenar mereka sebelum mereka boleh memberi komen secara atas talian.

Peraturan yang diperincikan oleh Pendtadbiran Ruang Siber China itu mengkehendaki pengendali-pengendali laman sesawang untuk melindungi maklumat peribadi, menguatkan ulasan kandungan, menjalankan pemeriksaan maklumat masa nyata dan mengeluarkan pelan untuk menangani kecemasan. Kesemua perkara itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Oktober.

Kandungan tidak sah telah ditemui di beberapa platfom internet China termasuk pornografi, pengiklanan palsu, keganasan, fitnah dan juga pencerobohan maklumat peribadi yang telah menganggu penyebaran maklumat dan merosakkan minat awam.

Awal bulan ini, Pentadbiran Ruang Siber China mengumumkan akan melancarkan siasatan terhadap 3 platfom sosial media popular China- WeChat, Baidu Tieba dan Sina Weibo. Ini terjadi setelah terdapat laporan mengenai maklumat yang menggangu ketenteraman awam dan melanggar undang-undang.

Sumber