China Memperlihatkan Dron Bersenjata, Bakal Saingi Amerika Syarikat Dan Israel

Pasaran dron bersenjata dunia ketika ini dimonopoli oleh dua negara, Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Namun begitu, dominasi dua negara itu bakal menerima saingan dari China yang memperlihatkan dron bersenjata mereka di acara Pertunjukan Udara Singapura pada Khamis lepas.



Ini merupakan kali pertama dron itu membuat penampilan umum dan terdapat laporan  ia sudah mula terbang dikawasan sekitar Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah.

Diberi nama sebagai Wing Loong, ia dikatakan bakal mendapat sambutan kerana dihasilkan dengan kos bernilai $5 juta, jauh lebih murah daripada sistem dron Amerika Syarikat yang bernilai $100 juta.

Penganalisis berpendapat, negara yang sudah mempunyai kelengkapan ketenteraan yang terkemuka tidak akan membeli dron China itu, sebaliknya ia akan dibeli negara yang tidak berkemampuan membeli produk dari US dan Israel.

Berdasarkan ramalan dari Jane's by IHS Markit, Malaysia berkemungkinan mendapatkan 24 unit Wing Loong manakala Indonesia sebanyak 20 unit. Sementara itu, negara-negara lain yang turut dijangka membeli dron ini adalah Sri Lanka, Kazakhstan dan Filipina.

Wing Loong mempunyai rekaan hampir sama dengan mq-9 reaper, dron bersenjata keluaran Amerika Syarikat.

Kapsyen: mq9 - reaper keluaran Amerika Syarikat


Sumber: The Japan News