China Mahu Sekat Permainan Atas Talian, Parti Komunis China Ekstremkan Penapisan Politik

Tahukah anda permainan Nintendo Animal Crossing yang popular sekarang ini telah disekat dari dimainkan di China. Untuk makluman anda, permainan ini merupakan simulasi sosial di mana pemain boleh membina rumah dan berinteraksi dengan watak comel.

Berhubung dengan sekatan itu, ia adalah disebabkan oleh seorang aktivis pro-demokrasi Hong Kong yang memuat naik satu suasana di dalam permainan itu yang diterjemahkan kepada "Free Hong Kong" dan memerli pemimpin China Xi Jinping.

https://twitter.com/joshuawongcf/status/1245639425331056640

Beberapa pemain lain juga didapati menggunakan permainan ini secara sengaja untuk menjadikannya sebuah platform untuk menyalurkan rasa ketidakpuashatian terhadap parti pemerintah Parti Komunis China (CCP). Mereka juga membuat banyak kandungan satira berkenaan kegagalan parti tersebut dalam menangani krisis Covid-19.

Hari ini, terdapat beberapa media melaporkan CCP mahu membawa pendekatan penapisan politik lebih ekstrem. Mereka kini mahu menyekat terus permainan video dalam talian dan juga perbualan dengan pengguna di luar Tembok Api Besar China.

Ini membolehkan pihak pemerintah mengawal dan memantau lebih ketat apa yang dilakukan oleh pemain. Secara tidak langsung juga pemain terpaksa berhati-hati dengan apa yang dilakukan kerana tidak mahu mendapat tindakan yang tidak diingini.

Terdapat juga undang-undang baharu di mana permainan terpaksa diubah suai. Ia tidak akan membenarkan permainan dengan elemen zombi, penyakit, pengubahsuaian peta, main secara peranan (RPG), dan juga mencipta persatuan.

Lain-lain undang juga dikuatkuasa, namun ia bersifat kurang politik kerana mahu menangani isu ketagihan internet. Antaranya termasuklah had main permainan bermula dari 10 malam hingga 8 pagi untuk pemain berusia 18 tahun. Selain itu, terdapat juga had maksimum wang yang boleh dilaburkan untuk permainan yang dimainkan.

Sumber: Taiwan News

Berkaitan