China Mahu Bersaing Dengan Barat Dalam Penciptaan Enjin Kapal Terbang








China melancarkan enjin kapal terbang ciptaan mereka sendiri
buat pertama kalinya dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada pembekal
dari negara-negara barat.









Beberapa buah syarikat telah bergabung membentuk sebuah
syarikat induk yang di kenali sebagai Aero-Engine Group lapor media tempatan
negara tersebut. Difahamkan syarikat itu mempunyai aset bernilai 50 bilion Yuan
dan akan membangunkan enjin untuk pesawat ketenteraan dan juga komersial.









Walaupun sudah berdekad membina pesawat sendiri, China masih
bergelut untuk membina enjin yang mencapai tahap piawaian antarabangsa. Dengan
terciptanya enjin yang pertama ini, mereka dilihat mampu bersaing dengan
pengeluar enjin dari barat.












Presiden Xi Jinping berkata, penciptaan terbaharu itu merupakan
langkah strategik  bertujuan meningkatkan
lagi reputasi republik itu sebagai kuasa besar dalam dunia aviasi.