China Labur Berbillion Fokus Pembangunan Cip Tersendiri Selepas Disekat Dari Guna Cip Syarikat AS

Sebelum ini kita telah mendengar berita bahawa Amerika Syarikat kini telah menghalang Huawei dari menggunakan teknologi dari negara tersebut. Antara syarikat utama yang terkesan dek tindakan ini adalah TSMC selaku pembekal cip utama untuk Huawei.

Disebabkan itu, kini China mengambil langkah tindakan balas dengan melabur sebanyak sekitar RM9.6 bilion kepada pengeluar cip paling besar di negara China iaitu SMIC. Tindakan ini dilakukan adalah kerana mahu menyokong dan memfokuskan kepada pembangunan teknologi cip tempatan dan tidak mahu bergantung kepada teknologi negara luar.

Jika sebelum ini kilang Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC) hanya mampu menghasilkan sebanyak 6,000 wafer silikon sebelum, dengan pelaburan tersebut ia mampu menghasilkan lebih banyak sehingga 35,000 unit pula.

Tindakan kerajaan China ini sudah tentu sedikit sebanyak menyenangkan halatuju dan masa hadapan Huawei disebabkan kemelut mereka dengan kerajaan AS yang sehingga kini makin tidak menampakkan penghujungnya.

Sumber: Bloomberg

Berkaitan