China Haram Penggunaan Hoverboard Di Jalan Raya Dan Lorong Motorsikal





Hoverboard, seakan-akan papan luncur yang boleh bergerak sendiri dengan cara mengimbangi badan menjadi fenomena pada suatu ketika kini berdepan dengan pengharaman oleh negara China.



Pihak berkuasa China bakal mengenakan saman sebanyak $ 7.50 kepada pengguna Hoverboard yang menggunakannya di jalan raya dan saman sebanyak $3 bagi penggunaan di lorong motorsikal. Pengguna Hoverboard hanya dibenarkan berada di kawasan pejalan kaki.



Khabar angin juga menyatakan skuter elektrik juga akan diharamkan berada di atas jalan raya kerana sering menganggu kelancaran lalu lintas dan ada yang menyebabkan kemalangan.