Pelancong dipaksa memasang aplikasi intip yang didapati mengumpul data peribadi pelancong sebelum menghantarnya ke pelayan.
Laman Vice melaporkan pelancong yang ingin memasuki wilayah Xinjiang telah dipaksa memasang aplikasi intip ke dalam telefon pintar Android mereka sebelum memasuki wilayah tersebut.
Secara khususnya, di lintasan sempadan di mana pihak berkuasa China melakukan pengawasan secara besar-besaran serta tekanan yang dibuat terhadap penduduk tempatan beragama Islam di wilayah itu.
Penemuan tersebut dibuat menerusi kolaborasi siasatan yang dijalankan oleh pihak Motherboard, Süddeutsche Zeitung, The Guardian, New York Times dan penyiar awam dari Jerman.
Daripada siasatan tersebut mereka mendapati, pihak berkuasa di sempadan wilayah itu akan memasang aplikasi yang dipanggil Fengcai atau BXAQ ke dalam telefon pintar Android pelancong yang mampu mengumpul pelbagai data privasi pemilik telefon tersebut termasuklah mesej teks, kalendar, nombor orang hubungan, log panggilan dan senarai aplikasi yang dipasang dalam telefon pintar itu.
Data-data yang dikumpul itu seterusnya akan dimuat naik untuk dihantar ke pelayan bagi imbasan.
"This is yet another example of why the surveillance regime in Xinjiang is one of the most unlawful, pervasive, and draconian in the world." Vice.
Walaupun buat masa ini hanya pemilik yang menggunakan telefon pintar Android sahaja yang dipaksa memasang aplikasi intip tersebut, tetapi pelancong yang menggunakan iPhone juga akan disita dan diimbas peranti tersebut dengan menggunakan peranti khas yang disambungkan kepada iPhone pelancong.
Aplikasi Fengcai dibangunkan oleh Ninjing FiberHome StarrySky Communication Development Company Ltd. dan kemudiannya diedarkan kepada pihak berkuasa China.
Berkaitan
- 3 Syarikat Telekomunikasi Milik China Dilaporkan Sedang Memetakan Projek Kabel Dasar Laut Bernilai RM2.2 Bilion
- China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas
- Xpeng Firma Pembangun Kereta Elektrik China Yang Akan Mencabar Tesla
- UK Sekat Firma China Lesenkan Teknologi Pengimbas Dan Proses Imej 100,000 Bingkai Sesaat
- Lagi Model EV China Bakal Masuk Malaysia, GAC Aion Y Plus Akan Saingi BYD Atto 3
- Telefon Pintar Didakwa Punca 2 Kereta Terbakar Di China
- Imej Satelit Dedah China Dilapor Besarkan Fasiliti Ujian Nuklear Di Wilayah Uyghur
- Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator
- Ini Cara Unik Kanak-Kanak Di China Kembali Ke Sekolah Pasca Covid-19
- Kajian Saintis China Mendapati Rangkaian 6G Mungkin Menjadikan Tikus Lebih Bijak