China Bina Panel Solar Berbentuk Panda

Sebuah syarikat tenaga solar dari China (New Energy Group) telah berjaya menyiapkan fasa pertama pusat janakuasa solar termasuk sebuah loji 50MW.

Apa yang menarik?

Ia berbentuk seperti seekor panda!

Dibina di atas tanah seluas 248 ekar, pusat janakuasa solar tersebut telah disiapkan pada 30 Jun lalu dan mula membekalkan kuasa ke lebih dari 8000 isi rumah di wilayah barat laut negara itu.

Diberi nama, Panda Power Plant, janakuasa solar terbabit berupaya menghasilkan 3.2 bilion kilowatt-jam tenaga solar dalam tempoh 25 tahun.

Hal ini dapat menjimatkan penggunaan 1 juta tan arang atau bersamaan dengan mengurangkan 2.74 juta tan pelepasan karbon dioksida.

Dijadualkan "panda" kedua akan mula dibina lewat tahun ini.

Kapsyen: Ilustrasi projek, buat masa sekarang fasa pertama telah berjaya disiapkan dan sudah mula beroperasi


New Energy Group telah bekerjasama dengan United Nations Development Program (UNDP) bagi merealisasikan projek solar panda ini.

Selain membekalkan tenaga ke rumah-rumah, ia juga dibina atas tujuan memberi kesedaran kepada belia di China tentang pentingnya tenga bersih.

Sumber: PC Mag