Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Berjaya Membina Rangkaian Komunikasi Bersepadu Kuantum Yang Pertama Di Dunia

China Berjaya Membina Rangkaian Komunikasi Bersepadu Kuantum Yang Pertama Di Dunia

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Meor Hasyim

China kini telah berjaya membangunkan rangkaian komunikasi bersepadu kuantum yang pertama di dunia sejauh 4,600km menggabungkan 700 gentian optik.

Menggunakan rangkaian kuantum, ia sangat sukar untuk digodam dan menjadikan maklumat penting seperti perbankan negara dan lain-lain selamat disimpan dalam rangkaian ini.

China Berjaya Membina Rangkaian Komunikasi Bersepadu Kuantum Yang Pertama Di Dunia

Rangkaian ini berfungsi dan digunakan oleh lebih 150 pengguna industri termasuk juga bank, laman sesawang kerajaan, dan juga grid kuasa perbandaran.

Sebelum ini pada tahun 2016, China telah melancarkan satelit kuantum pertama dunia dinamakan QUESS.

Untuk projek seterusnya, mereka akan mula mengembangkan rangkaian ini kepada negara kongsi Austria, Itali, Rusia, dan Kanada untuk kegunaan bersama.

China juga berhasrat untuk membangunkan satelit berskala kecil yang lebih menjimat kos selain QUESS yang telah dilancarkan pada tahun 2016 itu.

Sumber: Scitechdaily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY