Semalam, sebuah roket March-5 yang membawa kapal angkasa Chang'e-5 telah berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Pulau Hainan selatan China pada jam 4.30 pagi (waktu Beijing).
Perjalanan roket tersebut dijangka mengambil masa sekitar 8 hari untuk tiba di permukaan bulan.
Dinamakan sebagai Chang'e-5 bersempena dengan dewi bulan Cina, ia mempunyai misi utama iaitu mengumpul sampel batu dan tanah yang berada di permukaan bulan.
Ini bertujuan untuk membantu para saintis memahami lebih mendalam tentang asal usul dan pembentukan bulan.
Selain itu, ia turut menguji kemampuan China untuk memperoleh sampel dari angkasa hanya dengan mengawalnya dari bumi.
Tambahan lagi, misi ini juga berkait dengan kejuruteraan dimana mereka akan memahami dengan lebih komprehensif mengenai teknologi penerokaan bulan.
Sekiranya berjaya, China akan menyertai dua negara lain yang memiliki sampel ini iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.
Caranya adalah dengan menggerudi ke permukaan bulan melalui lengan robot. Kemudian bahan ini akan dipindahkan ke kenderaan ascender yang akan membawa sampel tersebut.
Sampel itu kemudian akan dipindahkan kembali ke dalam kapsul untuk perjalanan ke bumi yang dirancang pendaratannya di wilayah Mongolia.
Robot ini akan menjalankan misi di permukaan bulan kira-kira dua hari sementara misi keseluruhan adalah sekitar 23 hari.
Sumber: skynews
Berkaitan
- Telegram Premium Itu Pasti, Bakal Dilancarkan Bulan Ini
- Ciri Ray Tracing Akan Hadir Dalam Fortnite Di PC Bulan Ini
- Xiaomi Lancarkan Monitor Fast LCD Di China - Paparan Dengan Kadar Segar Semula 144Hz
- Harga Internet Fibre CelcomDigi Turun, 50Mbps Pada RM75 Sebulan
- Belanjawan 2023: Diskaun 20% Dan 6 Bulan Tangguh Bayaran Balik Bagi Peminjam PTPTN
- Tak Perlu Beli, Mungkin Langganan iPhone Nanti Serendah RM148 Sebulan Sahaja
- Jenama China Bersatu Nak Hasilkan Pengecasan Pantas Yang Sama
- PUBG Lite PC Akan Ditamatkan Pada Hujung Bulan Ini
- RuneScape Akan Hadir Ke Steam Pada Bulan Oktober
- Garmin Malaysia Lancar Siri Instinct 2, Bateri Tahan Hingga Sebulan