Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Berjaya Lancar Roket Ke Bulan Untuk Ambil Sampel Batu Dan Tanah

China Berjaya Lancar Roket Ke Bulan Untuk Ambil Sampel Batu Dan Tanah

Diterbitkan November 24, 2020 · Dikemas kini November 24, 2020 oleh Amsyar Latif

Sejak tahun 70-an, setiap negara bercita-cita untuk membawa balik sampel daripada permukaan bulan ke bumi.

Semalam, sebuah roket March-5 yang membawa kapal angkasa Chang’e-5 telah berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Pulau Hainan selatan China pada jam 4.30 pagi (waktu Beijing).

China To Launch Chang’e-5 Lunar Probe
Sumber: getty image

Perjalanan roket tersebut dijangka mengambil masa sekitar 8 hari untuk tiba di permukaan bulan.

Dinamakan sebagai Chang’e-5 bersempena dengan dewi bulan Cina, ia mempunyai misi utama iaitu mengumpul sampel batu dan tanah yang berada di permukaan bulan.

China to launch Moon probe, seeking first lunar rock retrieval since 1970s

Ini bertujuan untuk membantu para saintis memahami lebih mendalam tentang asal usul dan pembentukan bulan.

Selain itu, ia turut menguji kemampuan China untuk memperoleh sampel dari angkasa hanya dengan mengawalnya dari bumi.

China in first attempt to obtain moon rock since the 1970s

Tambahan lagi, misi ini juga berkait dengan kejuruteraan dimana mereka akan memahami dengan lebih komprehensif mengenai teknologi penerokaan bulan.

Sekiranya berjaya, China akan menyertai dua negara lain yang memiliki sampel ini iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Caranya adalah dengan menggerudi ke permukaan bulan melalui lengan robot. Kemudian bahan ini akan dipindahkan ke kenderaan ascender yang akan membawa sampel tersebut.

Sampel itu kemudian akan dipindahkan kembali ke dalam kapsul untuk perjalanan ke bumi yang dirancang pendaratannya di wilayah Mongolia.

Robot ini akan menjalankan misi di permukaan bulan kira-kira dua hari sementara misi keseluruhan adalah sekitar 23 hari.

Sumber: skynews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY