Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hampir Kesemua Penghasilan iPhone Di China Terpaksa Dihentikan

China Benarkan Foxconn Kembali Operasi Dengan Kawalan Ketat

Diterbitkan Mac 19, 2022 · Dikemas kini Mac 19, 2022 oleh ariff bukhari

Kerajaan China dilaporkan telah membenarkan operasi perkilangan di Wilayah Shenzen untuk kembali beroperasi selepas beberapa hari diarahkan tutup bagi mengekang penularan COVID-19 di wilayah tersebut.

Walaupun kilang dibenarkan kembali beroperasi, tetapi kilang-kilang seperti Foxconn, Tesla, BYD dan lain-lain yang berada di dalam wilayah itu perlu memastikan para pekerja mereka berada di bawah kawalan ketat.

Pekerja kilang diasingkan sepenuhnya dari berinteraksi dengan orang awam serta perlu menjalani ujian COVID-19 dengan kerap di bawah sistem gelembung pekerjaan tertutup.

China kini sedang bergelut mengekang penularan COVID-19 selepas merekodkan peningkatan kes.

Syarikat-syarikat elektronik lain seperti pengeluar storan, Micron Technology juga kini dilaporkan telah mula mengarahkan sebahagian pekerjanya untuk bekerja dari rumah.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang penutupan sementara operasi kilang di Wilayah Shenzen yang menjejaskan operasi Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL.

Sumber: Reuters, Channel News Asia

Baca juga:

  • China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY