Charger Pro- Pengecas "Fast Charging"

Charger Pro merupakan sebuah pengecas berinovasi baru yang mempunyai fungsi dan reka bentuk yang menarik. Peranti ini berbentuk petak mirip seperti power bank dan mudah untuk dimuatkan di dalam poket beg.

Kapsyen: Kredit: www.indiegogo.com


Pengecas ini mampu menyalurkan kuasa sehingga 30 watt dan boleh mengecas 2 telefon pintar dan 1 tablet pada satu-satu masa. Tidak kira jenis USB yang digunakan, charger pro boleh mengecas sesebuah peranti dengan cepat.



Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang akan melindungi telefon pintar anda daripada menerima voltan yang berlebihan. Charger Pro mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan sesuai untuk semua jenis peranti.

Teknologi ini memudahkan anda untuk mengecas banyak peranti dalam satu masa terutama semasa berada di lapangan terbang.

Sumber: Indiegogo