CFM: Aduan Masalah Rangkaian Bagi Perkhidmatan Selular Paling Tinggi

Baru-baru ini, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 yang diadakan secara maya.

Dalam mesyuarat tersebut, tiga resolusi dan cadangan konstruktif telah diluluskan bagi meningkatkan keberkesanan CFM sebagai forum rujukan pengguna dan industri.

Kapsyen: Datin Mohana


CFM juga berperanan sebagai pemudah cara dan menjadi saluran utama untuk pengguna melaporkan aduan yang tidak dapat diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan.

Berdasarkan Laporan Tahunan CFM 2019, sebanyak 11,615 aduan diterima. Peningkatan sebanyak 83% berbanding pada tahun 2018.



Daripada jumlah keseluruhan, masalah rangkaian bagi perkhidmatan selular merupakan aduan tertinggi iaitu sebanyak 3,367 aduan.

Melalui BELANJAWAN 2021, peruntukan sebanyak RM7.4 bilion diberikan di bawah inisiatif JENDELA dalam membantu rakyat yang memerlukan sambungan internet yang stabil.



Pengerusi CFM, Datin Mohana berharap peruntukan yang diberikan itu dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar lebih baik kepada pengguna.

Tambahan lagi, sejajar dengan tema CFM pada tahun 2019 untuk menumpukan isu pengguna, CFM akan terus komited dalam memperkukuh pengendalian dan pematuhan aduan berdasarkan GCC untuk manfaat pengguna dan pembangunan industri.

Berkaitan