CFM Adakan Kaji Selidik Mengenai Masalah Telekomunikasi Pengguna

Sehingga kini, masalah rangkaian telekomunikasi masih belum selesai sehingga membuatkan ramai pengguna mula mengeluh. Terbaru, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan satu bancian secara dalam talian mengenai isu terbabit.

Bancian ini diadakan bermula 6 Julai hingga 17 Julai 2020. Ia bertujuan untuk menyuarakan isu telekomunikasi yang dihadapi pengguna dan hasil bancian ini akan diketengahkan kepada pihak berkepentingan.



Setiap pengguna hanya perlu menyatakan pilihan dan menyertakan maklumat seperti lokasi, tangkap layar, pengguna internet mudah alih atau Home Broadband. Pengguna juga diminta untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam aduan tersebut.

Bagi anda yang ingin menyuarakan masalah telekomunikasi yang dihadapi, aduan boleh dilakukan melalui Facebook CFM di pautan ini.