Cetak Segera Foto Anda Dengan Kamera Kompak iNSPiC [S] Dan iNSPiC [C]Canon

Reading Time: 2 minutes

Canon Malaysia semalam hadir memperkenalkan dua kamera kompak iNSPiC [S] dan iNSPiC [C]. Seperti kamera polaroid, ia menawarkan kepada pengguna kebolehan  mencetak terus foto yang dirakam.

Foto yang dicetak itu juga boleh ditampal pada mana-mana permukaan seperti dinding, cermin dan lain-lain lagi.

Kedua-dua model dibezakan dengan beberapa ciri seperti dibawah:

iNSPiC [S]

Model ini ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu Matte Black, Pearl White serta Rose Gold.

Ia dilengkapi dengan lensa 8MP disertakan dengan ciri LED untuk bantuan ketika rakaman kurang cahaya. Kamera mempunyai ukuran 121x 80.3 x 21.5mm dan antara yang ternipis berbanding kamera kompak lain.

Sambungan kepada telefon pintar boleh dilakukan melalui aplikasi Canon Mini Print dan ini membolehkan pengguna mencetak gambar yang berada didalam telefon pintar. iNSPiC [S] turut mempunyai sokongan kad MikroSd sehingga 256GB.

iNSPiC [C]

Sebuah lagi model diperkenalkan dengan pilihan warna sesuai dengan gaya aktif pengguna masa kini iaitu Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Seaside Blue.

Lensa 5MP digunakan pada model ini dan bersebelahan dengan lensa adalah cermin untuk memudahkan rakaman selfie dibuat.

Harga jualan bagi iNSPiC [S] adalah RM699 sementara iNSPiC [C] pula boleh dibeli pada nilai RM499 dan ia sudah boleh dibeli sejak semalam.

 

Helmi Samsuri
Tentang Penulis

Pengerusi Kelab Catur Wiser.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *