CES 2017: Sony Memperkenalkan TV 4K OLED Bravia

Sony telah mempamerkan model flagship 4K Bravia, The XBR-A1E semasa acara CES 2017 yang berlangsung pada hari ini. Salah satu penambahan baru terhadap XBR-A1E adalah bagaimana audionya berfungsi. Mengikut Sony, mereka menggunakan satu teknologi yang mengeluarkan suara terus dari skrin. Mereka menggelarkan teknologi ini sebagai Acoustic Surface yang membenarkan rekaan yang sangat nipis.

sony_bravia_a1e_oled_1483596363893

sony_bravia_a1e_oled_back_1483596469905

The Sony Bravia XBR-A1E mempunyai sokongan Dolby Vision HDR, boleh dijalankan menggunakan Android TV dan boleh disambungkan dengan Google Home. Sony turut berkata model terbaru ini adalah lebih 40% efisyen dari segi masa pemprosesan berbanding model sebelum ini 4K HDR Processor X1.

Siri A1E ini akan hadir dengan pilihan model 55, 65, dan 77 inci. Sony masih lagi belum meletakkan harga yang bakal dijual di pasaran.

Sumber: TheVerge, Gadget360, Engadget