Xiavier adalah sebuah 'auto-grade' yang dibina dengan Volta GPU 512-Core dan platform AI yang mampu mempelajari tingkah laku manusia bagaimana untuk memandu sebuah kereta. NVIDIA semasa CES 2017 harini menggunakan kereta Lincoln BB8 untuk mencuba fungsi AI Xavier.
Yang menarik tentang Xavier ini adalah ianya boleh memahami dan mempelajari dengan sendiri cara pemanduan kereta. Xavier juga dilengkapi dengan peta terbina yang disimpan di dalam 'Cloud'. Menurut Jen-Hsun Huang, kepintaran Xavier membenarkan ia mengawal kereta secara automatik dan menyesuaikan setiap belok atau jalan yang sempit dengan sendirinya.
Anda boleh lihat video dibawah yang memaparkan sebuah jurutera NVIDIA menggunakan Xavier untuk membawanya ke Starbucks. NVIDIA sebenarnya telah mencuba sistem yang sama seperti ini beberapa kali sebelum ini, ternyata Xavier adalah ciptaan paling 'advance' dari mereka setakat ini.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=fmVWLr0X1Sk[/embed]
Syarikat tersebut juga mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat kereta Audi. AI Xavier ini bakal dilihat sepenuhnya menerusi kereta SUV Q7 semasa acara CES 2017 berlangsung. Mereka juga menambah kerjasama antara kedua-dua pihak diharapkan akan menghasilkan kereta pintar dengan sistem AI pada tahun 2020.
Berita ini dipetik daripada liputan langsung dari Engadget untuk acara CES 2017 yang berlangsung di Las Vegas awal pagi ini.
Berkaitan
- Kenal Pasti 5 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Peranti Honor 10
- (Ulasan)HONOR Watch Magic - Jam Pintar Bajet Yang Berbaloi Untuk Dimiliki
- Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Rangkaian Jalur Lebar Lebih Pantas Dengan Harga Berpatutan
- Pengalaman Menggunakan Aplikasi Touch 'n Go eWallet- Tidak Seperti Yang Kami Harapkan
- Samsung Turut Memperkenalkan Kamera Mudah Alih Comel, Samsung Gear 360
- Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Video Menggunakan WhatsApp
- Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera
- Huawei Mate 20 Pro Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Kamera Ultra-Wide & Pengecasan Terpantas
- Celcom Menyalahkan Kerja Naik Taraf Atas Gangguan Servis
- Instagram Menambah Beberapa Fungsi Yang Pasti Akan Menceriakan Hidup Anda