Cerebras CS-1 Adalah Komputer Terpantas Dalam Industri Teknologi Kecerdasan Buatan

Satu-satunya komputer yang dibangunkan dengan sistem komputer khusus untuk pembelajaran mendalam (Deep Learning).


Cerebras System mengumumkan komputer terpantas yang dibangunkan mereka khusus dalam industri teknologi kecerdasan buatan yang dikenali sebagai Cerebras CS-1. Cerebras juga menyatakan CS-1 sebagai komputer terpantas di dunia dalam bidang pembelajaran mendalam (Deep Learning).

"Cerebras CS-1, the world’s fastest deep learning compute system. Along with the WSE (Wafer-Scale Engine) and the Cerebras Software platform, the CS-1 is a comprehensive high performance AI compute solution, one of a kind in the industry." Cerebras.

Kapsyen: Perbandingan Cerebras WSE dengan cip GPU yang ada dalam komputer pengguna biasa.


Cerebras System mendakwa, CS-1 adalah satu-satunya komputer yang dilengkapi dengan 1 trilion prosessor. Hanya berketinggian 26 inci, CS-1 mempunyai kuasa pemprosesan sehingga 400 ribu teras dan mampu memproses data selaju 1.2Tbps.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya prestasi sebenar CS-1, ia menggunakan sistem operasi yang dibangunkan oleh pihak Cerebras System sendiri.

Cerebras CS-1 dengan teknologi kecerdasan buatan termaju dibangunkan bagi memberikan  penyelesaian terhadap pelbagai bidang termasuklah bidang kesihatan, sains, kenderaan pandu sendiri, perdagangan dan lain-lain.

Kapsyen: Rupa blok CPU Cerebras CS-1.