CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone

CEO Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini telah memuat naik kiriman di laman Weibo. Apa yang dikirim tidaklah menarik kerana apa yang lebih menarik adalah dengan apa yang dikirim - iPhone.

Laman Weibo kebiasaanya mudah untuk mengesan peranti apa yang digunakan untuk membuat kiriman. Kiriman tersebut berkisar tentang beliau menyarankan peminat Xiaomi untuk membeli beberapa buah buku.

Sepatutnya ia tidak mengundang kontroversi namun disebabkan ia dikirim melalui peranti iPhone, ia menerima banyak kecaman dari peminat Xiaomi.



Lei Jun kemudiannya telah memadam kiriman berkenaan dan memuat naik kiriman yang sama dengan peranti yang 'betul'.



Tidak lama selepas itu, selepas penganalisis Pan Jiutang memuat naik pula kiriman baharu mempertahankan Lei Jun. Menurutnya, adalah hipokrit jika mana-mana pekerja mana-mana jenama tidak mencuba atau memiliki produk lain seperti Apple, Samsung, atau Huawei.

Lei Jun

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Lei Jun sememangnya tidak pernah menyekat mana-mana pekerja beliau dari menggunakan jenama-jenama lain. Mungkin bagi peminat, menggunakan peranti selain dari jenama sendiri adalah dianggap tidak setia dan juga tidak mempunyai integriti.

Melalui: Toutiao