CEO Xiaomi Dedahkan Paparan Sekunder Mi 11 Ultra Guna Skrin Mi Band 5

Pada acara Mi Fan Festival 2021 yang berlangsung semalam, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan Mi 11 Ultra untuk pasaran tempatan. Menariknya pada peranti ini, ia dimuatkan dengan paparan sekunder yang berada di sebelah kamera pada bahagian belakang.

Berukuran 1.1-inci AMOLED, skrin ini mempunyai pelbagai fungsi seperti paparan masa, cuaca, notifikasi panggilan dan pesanan masuk, peringatan kesihatan, kawalan muzik dan sebagainya. Tidak hanya itu, ia juga boleh digunakan bagi memudahkan rakaman gambar swafoto.



Namun, skrin ini bukan lah direka khusus untuk Mi 11 Ultra. Sebaliknya, ia menggunakan panel yang sama seperti digunakan pada Mi Band 5. Perkara ini didedahkan oleh CEO Xiaomi, Lei Jun melalui satu broadcast di China.

Tidak dapat dipastikan jika Xiaomi memasang semula skrin unit Mi Band 5 yang tidak terjual atau memesan lebih banyak panel dari pembekal. Walaupun begitu, dengan skrin yang tidak dibuat secara khusus, ia dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran Mi 11 Ultra.

Sumber: GizmoChina