Sejak dilancarkan, masih belum ada telefon pintar yang berjaya memintas kedudukan Huawei P20 Pro. Namun begitu, ketika mengumumkan kehadiran Mi Mix 3, CEO Xiaomi, Lei Jun telah menyatakan konfigurasi kamera perantinya itu lebih baik berbanding Huawei P20 Pro walaupun markah yang diperolehi hanya 103.
Namun CEO Huawei pula membalas "tiada pembuat telefon pintar boleh mengatasi Huawei P20 Pro dalam jangka masa yang singkat. Hanya kami yang boleh mengatasi diri sendiri", begitulah ungkapan yang dikutip dari laman GizmoChina.
Sementara itu, ramai pihak masih tertanya-tanya apakah kemampuan kamera siri Mate 20 kerana Huawei masih merahsiakan markah penanda aras DxOMark dengan alasan ia terlalu tinggi.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Huawei Tidak Umum Markah DxOMark Siri Mate 20 Kerana Ia Terlalu Tinggi
- Call Of Duty WWII Tertiris
- Uber Mula Beroperasi Di 3 Bandar Baru - Batu Pahat, Kuala Terengganu, Dan Sandakan
- Samsung Galaxy S10 Versi 5G Mungkin Akan Ada 6 Kamera
- Epic Games Tawar Obduction Dan Offworld Trading Company Secara Percuma
- Senarai Harga Dan Spesifikasi Komputer Riba ROG Dengan Intel Generasi Ke- 9
- Dewan Negara: Kerajaan Sasar Naik Taraf 'Streamyx' Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan - Eddin Syazlee
- Pirelli Bangunkan Tayar Pintar Dengan Sokongan 5G
- Apa ada dengan ZenWatch3
- OnePlus 6 Warna Putih Sutera Menemui Peminat Tempatan