CEO Xiaomi Beri Gambaran Harga Peranti Mereka Akan Meningkat Selepas Ini

Xiaomi terkenal dengan reputasinya sebagai pengeluar peranti berprestasi tinggi dengan harga yang lebih mampu milik.

Akan tetapi, perkara itu mungkin akan berubah di masa akan datang.

Ini kerana menurut CEO-nya, Lei Jun, mereka bercadang untuk meningkatkan harga jualan bagi peranti mereka di masa akan datang.



Namun, ia bukanlah dibuat tanpa alasan yang kukuh. Menurut Lei Jun, Xiaomi ingin membuang pandangan pengguna kepada peranti mereka dengan mendakwa keluaran Xiaomi sebagai peranti "murah".

Dengan itu, mereka bercadang untuk membangun peranti yang lebih baik dengan lebih banyak ciri dan fungsi premium.

Ketika ini, purata harga bagi sebuah peranti Xiaomi ialah pada CNY3,000(~RM1825) dan pengguna boleh meramalkan lebih banyak peranti Xiaomi akan dijual pada harga lebih tinggi daripada itu selepas ini.

Bagaimanapun, Lei Jun juga turut memberitahu bahawa peningkatan harga itu nanti bukanlah terlalu ketara.

Pada pendapat kami, ia bukanlah satu masalah kerana Xiaomi sudah memiliki sub-jenama yang menfokuskan peranti mampu milik iaitu Redmi.

Kapsyen: 9to5Google


Maka, mereka boleh memfokuskan kepada penambaikan siri perdana mereka seperi Mi dan Mi Mix untuk bersaing dengan peranti premium lain seperti siri Galaxy S dan Galaxy Note dari Samsung serta siri P dan Mate dari Huawei di masa akan datang.

 

Sumber: TechNode