Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dualsense ps5

CEO Xbox Phil Spencer Memuji Alat Kawalan DualSense PS5, “Saya Sukakannya”

Diterbitkan November 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Saya secara peribadi suka melihat apabila jenama mengakui kehebatan antara satu sama lain berbanding jenama yang asyik memerli sahaja.

Terkini, CEO Xbox Phil Spencer mengakui beliau sukakan alat kawalan DualSense Sony PS5 dan memuji teknologi dan inovasi yang dimuatkan dalam produk tersebut.

Menurutnya, beliau memuji bagaimana Sony berjaya menjadikan DualSense lebih menarik dari sekadar spesifikasi. Beliau turut menyuarakan pendapatnya bahawa industri patut belajar antara satu sama lain dan fokus kepada inovasi yang perlu ditambah baik kepada komuniti dan pengguna mereka.

Untuk makluman, DualSense PS5 mempunyai fungsi getaran motor yang sangat imersif dan telah diimplementasikan sebaiknya melalui permainan demo Astro’s Playroom pada PS5.

Ia merupakan pengalaman bermain yang baharu yang tidak terdapat pada mana-mana platform sebelum ini.

Beliau turut menambah, sebagaimana Nintendo Wii menginspirasikan Xbox Kinect, teknologi-teknologi terbaharu ini secara tidak langsung akan menjadikan industri permainan dan konsol lebih baik untuk pengguna secara keseluruhan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY