CEO Twitter Mendermakan Sebanyak USD1 Bilion Bagi Melawan Covid-19

Jack Dorsey, CEO Twitter dan Square dilaporkan mendermakan sebanyak USD1 bilion untuk penyelidikan bagi melawan wabak Covid-19.

Menurut Dorsey, derma tersebut adalah bersamaan dengan 28% daripada kekayaan yang dimiliki beliau yang berjumlah USD4.33 bilion (berdasarkan anggaran oleh laporan Bloomberg Billionaires Index.)

Dorsey ketika ini adalah individu yang berada di tangga 484 orang terkaya di dunia, berkongsi kedudukan bersama dengan Ahli Perniagaan dan Pengerusi Mashreqbank dari UAE, Abdullah Al Ghurair.

https://twitter.com/jack/status/1247616214769086465

Sebelum ini, pada awal minggu ini dilaporkan bahawa Pemilik Amazon iaitu Jeff Bezos yang juga merupakan lelaki terkaya di dunia ketika ini telah pun mengumumkan bahawa beliau mendermakan sebanyak USD100 juta kepada Feeding America.

Feeding America adalah pertubuhan NGO bank makanan Amerika yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia.

Sumber: PCMag