Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Poco Memadam Tweet Mengenai Kehadiran Pocophone F2 Pada Tahun Hadapan

CEO Poco Memadam Tweet Mengenai Kehadiran Pocophone F2 Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 25, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini telah tular di media sosial berikutan sebuah “tweet” dari CEO Pocophone iaitu Alvin Tse mengenai peranti terbarunya.

CEO Poco Memadam Tweet Mengenai Kehadiran Pocophone F2 Pada Tahun Hadapan

Kredit : Android Authority

Dalam tweet berkenaan, Tse telah membalasa tweet dari seorang pengguna bahawa akan ada kejutan dari pihak Poco pada tahun hadapan. Ramai di kalangan laman teknologi menjangkakan kejutan tersebut berkemungkinan peranti terbarunya iaitu Pocophone F2.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai di kalangan pengguna teruja dan menantikan peranti yang akan menggantikan Pocophone F1 tersebut.

CEO Poco Memadam Tweet Mengenai Kehadiran Pocophone F2 Pada Tahun Hadapan

Terbaru, menurut sumber dari Android Authority, Tse telah memadam tweet berkenaan. Ia menunjukkan berkemungkinan besar peranti terbaru dari Poco itu tidak akan dilancarkan pada tahun hadapan. Berita tersebut juga turut akan mengecewakan para pengguna terutamanya pengguna Pocophone F1 yang setia untuk menukar kepada peranti terbaru keluaran syarikat yang sama pada tahun hadapan.

Jika diimbas kembali, Pocophone F1 telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan kehadirannya telah memberi impak yang besar dalam dunia telefon pintar. Pocophone F1 juga pernah mendapat anugerah peranti bajet terbaik oleh pengulas gajet terkenal iaitu MKBHD.

Sumber : Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY