Dengan LG G6 dan Samsung Galaxy S8 telah rasmi dilancarkan, peranti seterusnya yang akan keluar pula ialah OnePlus 5 yang dijangka keluar ke pasaran pada pertengahan tahun ini.
OnePlus bermula kecil dengan mengeluarkan telefon pintar pertama mereka, OnePlus 1 beberapa tahun lepas dengan cara pembelian melalui menjemput bakal pembeli mereka, mengurangkan kos pembuatan dengan jualan yang hampir pasti.
Dengan tag flagship killer, OnePlus berjaya memenangi hati pengguna dengan telefon pintar berkuasa tinggi dengan harga jualan yang jauh lebih murah.
OnePlus dijangka akan meneruskan tradisi mereka dengan spesifikasi yang hebat dan harga jualan yang murah.
Mengikut khabar angin yang telah keluar mengenai peranti ini, tidak hairanlah ramai pengguna menantikan keluaran terbaru mereka.
CEO OnePlus, Pete Lau telah berkongsi mesej di laman sosial media China, Weibo membayangkan kemunculan pertama OnePlus 5 di pasaran.
Beliau memberitahu pengunjung laman sosial itu untuk menantikan 'kejutan' besar dari mereka dan menggalakkan pasukan mereka untuk bekerja keras untuk projek terbaru mereka.
Sumber
Berkaitan
- Cip Qualcomm Snapdragon 845 Tertiris Dalam Dokumen Mahkamah Apple: Bila Cip Ini Akan Keluar?
- 5 Gajet Viral Di TikTok Yang Mungkin Anda Minat
- Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark
- iOS 14.5 Perkenal Suara Baharu Untuk Siri
- Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI
- 5 Mouse Gaming Wireless Bawah RM250 Di Shopee
- Apple Mendapat Lesen Untuk Menguji Teknologi 5G
- Jika Anda Berenang Di Laut Pada 251 Juta Tahun Lalu, Mungkin Ini Akan Membunuh Anda
- Lenovo Dedahkan Spesifikasi Cip Ryzen 3 2300X dan Ryzen 5 2500X
- Pelayar Opera 50 Menawarkan Fungsi Anti-Bitcoin Dalam Aplikasi Mereka