Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO OnePlus Mengeluarkan Teaser OnePlus 5: Jangkakan Sesuatu ‘Kejutan’ Besar

CEO OnePlus Mengeluarkan Teaser OnePlus 5: Jangkakan Sesuatu ‘Kejutan’ Besar

Diterbitkan Mei 3, 2017 ยท Dikemas kini Mei 3, 2017 oleh Wiser MY

OnePlus 5 merupakan antara peranti yang dinantikan peminat Android untuk tahun ini dan CEO OnePlus telah mengeluarkan teaser untuk OnePlus 5.

Dengan LG G6 dan Samsung Galaxy S8 telah rasmi dilancarkan, peranti seterusnya yang akan keluar pula ialah OnePlus 5 yang dijangka keluar ke pasaran pada pertengahan tahun ini.

OnePlus bermula kecil dengan mengeluarkan telefon pintar pertama mereka, OnePlus 1 beberapa tahun lepas dengan cara pembelian melalui menjemput bakal pembeli mereka, mengurangkan kos pembuatan dengan jualan yang hampir pasti.

Dengan tag flagship killer, OnePlus berjaya memenangi hati pengguna dengan telefon pintar berkuasa tinggi dengan harga jualan yang jauh lebih murah.

OnePlus dijangka akan meneruskan tradisi mereka dengan spesifikasi yang hebat dan harga jualan yang murah.

Mengikut khabar angin yang telah keluar mengenai peranti ini, tidak hairanlah ramai pengguna menantikan keluaran terbaru mereka.

CEO OnePlus, Pete Lau telah berkongsi mesej di laman sosial media China, Weibo membayangkan kemunculan pertama OnePlus 5 di pasaran.

Beliau memberitahu pengunjung laman sosial itu untuk menantikan ‘kejutan’ besar dari mereka dan menggalakkan pasukan mereka untuk bekerja keras untuk projek terbaru mereka.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY