CEO One Plus Sahkan OnePlus 7 Pro Akan Dilengkapi Dengan Storan UFS 3.0

OnePlus 7 Pro yang akan dilancarkan pada Mei ini bakal menjadi peranti pertama dilengkapi dengan unit simpanan Universal Flash Storage 3.0 (UFS 3.0).

"OnePlus 7 Pro having UFS 3.0 storage means it’ll just be overall faster than comparable smartphones." ciap CEO OnePlus di Twitter beliau.

https://twitter.com/PeteLau/status/1125021817117110272

Bagi sesiapa yang kurang mengetahui tentang UFS, bagi versi 3.0 ini menawarkan kelajuan dua kali ganda ( 2.9GB/s ) berbanding UFS 2.1 ( 1.2GB/s ) dan menggunakan kuasa yang sedikit.

Dalam kata lain, dengan UFS 3.0 ini pengguna akan merasai kelajuan membuka aplikasi lebih laju, kelajuan multitasking, pengalaman sistem kamera yang laju, pengalaman permainan dan video dipertingkatkan. Semua ini dapat dinikmati menerusi UFS 3.0

Terdahulu, Samsung Galaxy Fold pernah dilaporkan akan menjadi yang terawal dilengkapi dengan memori sama, namun ia ditangguhkan dan berkemungkinan besar, OnePlus 7 Pro adalah peranti pertama dilengkapi storan UFS 3.0.

 

Sumber: Droid-Life