CEO Apple Tim Cook Merasakan Sosial Media Sedang Dimanipulasi Dan Memecah Belahkan Kita

Tim Cook selaku CEO Apple Inc. telah memberi pendapatnya tentang platform sosial media dalam satu temu bual dengan Lester Holt di NBC Nightly News. Platform sosial media seperti Google, Facebook dan Twitter sedang menjalani testimoni Capitol Hill ekoran campur tangan politik asing dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Cook merasakan masalah utama bukan berpunca dari kumpulan pengiklanan yang mensasarkan pengguna sosial media itu sendiri tetapi sifat semulajadi platform sosial media itu sendiri sebagai alat untuk penyebaran maklumat palsu dan manipulasi maklumat.

Kongres Amerika Syarikat sedang melakukan testimoni dari ahli-ahli syarikat gergasi teknologi selepas wujudnya bukti mengatakan yang iklan-iklan yang dipengaruhi oleh Rusia dalam enjin carian Google dan di dalam Youtube. Impak capaian iklan-iklan ini dikhuatiri telah mencapai 10 kali ganda dari apa yang mereka jangkakan pada permulaan.

Sumber