Peranti yang dilancarkan dengan harga permulaan $999 (~RM4174.82) itu dianggap tidak mahal oleh CEO Apple, Tim Cook pada rancangan bual bicara Good Morning America. Beliau menyatakan bahawa ia merupakan "value price", bermaksud iPhone X layak dijual dengan harga tersebut setanding dengan teknologi yang dibawanya.
Selain itu, beliau turut memberitahu tumpuan yang diberikan dunia kepada iPhone X sangat tinggi berdasarkan jumlah tempahan yang tinggi. Walaupun dijual pada harga $999 (~RM4174.82), ia masih mampu menarik minat pengguna.
"Apple bukan mahu jadi penjual paling banyak bagi setiap produk. Objektif kami bukanlah keuntungan yang besar. Objektif kami adalah menghasilkan produk yang mempermudah kehidupan masyarakat. Kami mahu bantu orang ramai." ujar Cook.
Klik untuk tonton temubual Tim Cook bersama rancangan Good Morning America
Sumber: Good Morning America
Berkaitan
- Open Signal Keluarkan Keputusan Ujian Strim Video, Malaysia Berada 10 Terbawah
- Huawei Y9 Prime Diumumkan Dengan Harga RM899
- Tablet OPPO Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Ini
- Apple Sah Mengambil Alih Perniagaan Modem Intel
- Polis China Pakai Kacamata Pintar Dilengkapi Dengan Sistem Imbasan Wajah
- Xiaomi Kata Kamera Moto G5s Plus "Murah"
- Shopee Catatkan Pertumbuhan 86.7 Peratus Dalam Jumlah Dagangan Jenama
- Sistem Emel FBI Kena Godam
- Sony Hentikan Servis Mengesan Peranti "My Xperia"
- Farming Simulator 19 Ditawarkan Percuma Minggu Ini Oleh Epic Games