CEO Apple Jelaskan Kenapa iPhone 2018 Dijual Dengan Harga Tinggi

Rata-rata dari kita sudah masak dengan harga penjualan yang ditetapkan pada peranti Apple seperti iPhone. Ia dijual pada harga yang premium dan membuatkan sesetengah peminat berfikir panjang untuk mendapatkannya.



Keluaran 2018 sudah seminggu dilancarkan dan boleh dilihat iPhone XS Max merupakan model termahal iaitu $1099 (~RM4549).

Melalui satu temubual bersama ABC semalam, Tim Cook telah menjelaskan kenapa barisan iPhone terbarunya itu ditandai dengan harga yang tinggi.

Menurut beliau, keluaran 2018 adalah model iPhone terbaik yang pernah dihasilkan oleh Apple. Selain itu, Cook juga menyatakan pengguna tidak perlu lagi menggunakan peranti berasingan seperti perakam video, kamera digital, pemain muzik dan video kerana iPhone mempunyai kemampuan untuk melaksanakan kesemua perkara tersebut.

Cook turut menambah penghasilan peranti yang inovatif bukanlah murah. Temubual lebih lanjut boleh dilihat dibawah.