Celcom Tawar Prabayar Tanpa Had, Mingguan RM12 Dan Bulanan RM35

Kurang seminggu yang lalu, Maxis tampil memperkenalkan pelan prabayar tanpa had Hotlink Prepaid Unlimited. Kini tibalah pula giliran untuk Celcom melalui Truly Unlimited Prepaid.

Pelan prabayar dari Celcom ini menyediakan dua pilihan iaitu iaitu mingguan serta bulanan yang masing-masing berharga RM12 dan RM35. Kedua-duanya menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian.

celcom prabayar tanpa had

Selain daripada itu, keduanya turut dibezakan dari segi kuota data Hotspot dengan pelan RM12 akan menerima 1GB percuma sementara pelan RM35 dengan 3GB.

Untuk data hotspot tambahan pengguna boleh memilih antara 1 hari (RM1/1GB) dan 3 hari (RM3/5GB). Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelan prabayar ini, ia ditawarkan pada kelajuan 3Mbps.

Sumber: Celcom