Celcom Tawar eSIM Dan Boleh Digunakan Melalui Tujuh Pelan Pascabayar Ini

Sejak penghujung tahun lalu lagi, kita telah melihat beberapa penawaran eSIM dibuat pengendali rangkaian dalam negara seperti, Maxis, XOX, dan terbaru adalah Celcom.

Diumumkan beberapa hari lepas, anda kini boleh menggunakan eSIM menerusi langganan pelan-pelan pascabayar Celcom yang ketika ini hanya menyokong tiga buah model, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Pelan-pelan yang ditawarkan untuk penggunaan eSIM adalah seperti berikut;

  • XPAX™ Postpaid 50

  • Celcom Mobile Gold

  • Celcom Mobile Gold Plus

  • Celcom Mobile Gold Supreme

  • Celcom Mobile Platinum

  • Celcom Mobile Platinum Plus

  • Celcom Mobile Family™


Tiada bayaran yang dikenakan untuk pengguna baru,begitu juga bagi pengguna lama (melebihi tempoh 1 tahun) dan bagi pertukaran SIM yang rosak. Sementara bagi pengguna lama (kurang dari 1 tahun), bayaran RM5 akan dikenakan untuk mendapatkan eSIM ini.

Bagi anda yang berminat boleh mendapatkanya di cawangan Celcom  BlueCube.

Sumber: Celcom