Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbandingan Antara Internet Rumah Broadband Bawah RM100 – Yang Mana Paling Berbaloi?

Celcom Selesai Menaik Taraf Rangkaian 3G Kepada 4G Di Kg.Bukit Petai 7 Jerangau, Tanah Merah, Kelantan

Diterbitkan Disember 20, 2020 · Dikemas kini Disember 20, 2020 oleh ariff bukhari

Beberapa hari lalu, Celcom memaklumkan pihak mereka sudah selesai menaik taraf rangkaian 3G di Kg.Bukit Petai 7 Jerangau, Tanah Merah, Kelantan kepada rangkaian 4G.

Sehubungan itu, penduduk di kampung tersebut sepatutnya sudah menerima capaian rangkaian internet yang lebih baik.

Usaha menaik taraf kepada rangkaian 4G oleh Celcom di kampung itu merupakan salah satu daripada Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi mempertingkatkan tahap kesalinghubungan & kualiti pengalaman perkhidmatan  komunikasi di seluruh negara.

Jika anda masih ingat, sebelum ini tular tentang masalah liputan lemah yang dialami oleh seorang pelajar Universiti di Kampung Bukit Petai 7, Tanah Merah, Kelantan, sehingga terpaksa belajar di khemah yang didirikan di atas bukit di belakang rumahnya.

Susulan daripada itu, pihak SKMM sebelum ini telah mengsyorkan kepada pelajar tersebut supaya pelajar itu memanfaatkan kemudahan Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terdekat iaitu di PIK Kusial Bharu, yang terletak 3.5km dari rumahnya yang lebih selesa dan selamat.

Selain di Kelantan, Celcom turut memaklumkan bahawa pelanggan mereka di Kg. Bukit Pampong, Raub, Pahang juga telah menerima naik taraf kepada rnagkaian 4G.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY