Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3G Celcom 2021

Celcom Sekali Lagi Melakukan Aktiviti Penyenggaraan Bermula Jam 1.00 Pagi Nanti

Diterbitkan Mei 30, 2021 · Dikemas kini Mei 31, 2021 oleh ariff bukhari

3 Hari lepas, Celcom telah pun melakukan aktiviti penyelenggaraan di sebahagian besar kawasan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Untuk kali ini pula, Celcom sekali lagi memaklumkan bahawa mereka akan melakukan aktiviti penyelenggaraan di 3 buah negeri bermula jam 1.00 pagi, 31 Mei 2021 nanti.

3 Negeri itu adalah Sabah, Sarawak dan Selangor. Cuma kawasan yang terlibat adalah lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Berikut adalah lokasi yang terlibat dengan aktiviti penyelengaraan rangkaian Celcom serta masa ia bermula dan tamat:-

31 May 2021

1:00am – 2:00am: Sabah – Kota Kinabalu Metro, Telipok, Kingfisher, Tanjung Aru, Kepayan, Inanam, Sandakan, Penampang, Damai, Papar, Putatan, Pitas, Kudat, Kota Belud, Kinabatangan, Beluran, Kuala Penyu, Lahad Datu, Kota Marudu.

1:05am – 2:30am: Selangor – Taipan

2:00am – 3:00am: Sarawak – Medan, Miri Town, Batu Niah, Lawas, Limbang, Marudi

Celcom memaklumkan, pengguna di kawasan yang terlibat itu mungkin akan mengalami gangguan pada rangkaian Celcom mereka ketika aktiviti penyelenggaraan sedang dijalankan.

Jadi pengguna Celcom diharap bersabar sebentar dengan gangguan tersebut.

Celcom juga menasihatkan kepada para pelanggannya untuk On dan Off mod pesawat (flight mode) peranti mereka jika mereka berdepan gangguan rangkaian selepas penyelenggaraan selesai.

Tetapi jika itu tidak membantu, mereka boleh menghidupkan semula (restart) telefon pintar mereka untuk segarkan kembali sambungan rangkaian Celcom di peranti mereka selepas penyelenggaraan tamat.

Sumber: Celcom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY