Celcom Sedia Lancarkan 5G, Namun Masih Menunggu Pengagihan Spektrum Dari Kerajaan

Menurut kenyataan dari CEO Celcom, syarikat itu kini sudah sedia untuk melancarkan teknologi rangkaian 5G untuk orang awam, namun masih menunggu pengagihan spektrum dari kerajaan (MCMC).

Tambahannya, Celcom telah menaik taraf infrastruktur mereka untuk kesesuaian teknologi 5G dan sekarang ini hanya menunggu pemilikan band spektrum sebelum mula dilancarkan secara komersil.

Untuk itu, ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk pelancaran rasmi selepas mendapat spektrum yang diagihkan kepada mereka.

Sebelum ini, Celcom merupakan antara 5 syarikat yang diberikan spektrum 5G oleh MCMC. Namun ia dibatalkan secara mengejut disebabkan kaedah pengagihan yang perlu dikaji dan diperhalusi semula.

Kenyataan Celcom tentang pelancaran rasmi 5G untuk orang awam adalah selari dengan kenyataan MCMC sebelum iniĀ  iaitu akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Namun, untuk pengagihan semula spektrum kepada syarikat telekomunikasi termasuk juga Celcom masih tidak diperincikan buat masa ini.

Sumber: The Edge Market