Celcom Raikan Hari Malaysia Dengan Hadiah Istimewa Buat Pelanggan

Sempena meraikan hari melambangkan perpaduan dan semangat cintakan kesejahteraan dan kemakmuran, Celcom ingin menawarkan kepada pelanggan di seluruh negara dengan tawaran terhad untuk satu hari sahaja pada Hari Malaysia 16 September.

Ikhlas daripada Celcom kepada kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax, nikmatilah SATU JAM INTERNET PERCUMA TANPA HAD dengan Ultra Hour Pass™ dan bebaskan keinginan anda di atas talian, dengan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.



Bagi pelanggan pascabayar Celcom Mobile dan pascabayar Celcom Xpax pula, nikmati 1GB internet PERCUMA! Kesemua tawaran ini hanya sah dalam masa 24 jam pada 16 September 2019, dan boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life App sahaja.

Memetik komen berkenaan tawaran istimewa Celcom di Hari Malaysia ini, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom berbangga untuk turut sama meraikan perayaan yang menyemarakkan semangat perpaduan dan kemakmuran kesemua rakyat Malaysia.



"Tawaran ini juga merupakan hadiah penghargaan yang begitu kecil daripada kami buat pelanggan, dalam sama-sama meraikan keharmonian dan perpaduan bersama negara ini,” kata beliau.

Untuk menyemak tentang penawaran ini dan lain-lain promosi bolehlah lawati laman rasmi Celcom.