Celcom Pula Mula Tawarkan Pakej Terbaru Bagi Huawei Siri P20

Selepas Digi Telecommunication melancarkan pelan terbaru mereka untuk Huawei Siri P20, kini Celcom pula telah mula melakukan perkara yang sama. Melalui pelan EasyPhone, terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh pihak Celcom Axiata buat kedua-dua model peranti terbaru Huawei ini. Huawei P20 dan P20 Pro mula dijual di pasaran negara ini pada hari ini, 6 April dengan harga pasaran RM 2,599 untuk peranti P20 dan RM 3,299 untuk peranti model P20 Pro. Namun, melalui pakej pelan EasyPhone Celcom ini, pelanggan boleh membawa pulang peranti Huawei P20 Pro dengan harga serendah RM 1,728 atau tanpa membayar apa-apa langsung untuk peranti P20. Ya, tanpa membayar satu sen pun.



Melalui pelan EasyPhone ini, Celcom menawarkan empat pilihan pelan untuk dipilih oleh pelanggan mereka iaitu FIRST™ Gold Plus, FIRST™ Gold Supreme, FIRST™ Platinum, serta FIRST™ Platinum Plus. Kesemua pakej pelan ini mengandungi kontrak yang perlu dipenuhi oleh pelanggan selama 24 bulan. Tambahan lagi, pakej-pakej tersebut turut akan menawarkan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian selain internet tanpa had bagi aplikasi sosial WhatsApp dan WeChat serta 100 GB data percuma untuk menonton video melalui Super Video Walla™. Berikut adalah pilihan pakej pelan yang ditawarkan Celcom bagi model Huawei P20 :



Manakala bagi model peranti Huawei P20 Pro pula, pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :



Tidak dilupakan, anda juga boleh membeli kedua-dua peranti ini tanpa perlu melanggan mana-mana pakej dengan harga RM 2,451.89 bagi model P20 dan RM 3,112.26 bagi model P20 Pro. Selain itu, pelanggan juga bakal menerima fon telinga Bluetooth Huawei Sport yang bernilai RM 198 secara percuma melalui pembelian Huawei P20 dan P20 Pro dari Celcom . Kunjungi pusat Celcom berhampiran anda atau layari laman sesawang Celcom dan Facebook rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Sumber