Celcom Perkenal 'Ultra Hour Pass', Internet Tanpa Had Dari Harga Serendah RM1

Memahami penggunaan internet yang semakin meningkat pada masa kini, Celcom kini tampil melancarkan Ultra Hour Pass kepada pelanggan pra-bayar Xpax.

Melalui Ultra Hour Pass, pengguna mempunyai pilihan mendapatkan internet tanpa had serendah RM 1 untuk tempoh satu jam. Bukan itu sahaja, ia turut ditawarkan dengan beberapa pilihan lain seperti RM2 (3 jam), RM5 (12 jam) dan RM8 (24 jam).

Data yang dilanggan ini boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bermain permainan video mudah alih, penstriman video, melayari web dan banyak lagi.

Pembelian Ultra Hour Pass ini dibuat menerusi aplikasi Celcom Life dengan pilih salah satu dari empat penawaran diatas. Sementara itu, turut diperkenalkan adalah pelan prabayar baru dikenali sebagai Celcom Xpax Starter Pack dengan bulanan RM10.



Menerusinya, pengguna akan menikmati data 10GB untuk Facebook, Instagram, dan Games Walla (penstriman permainan). Untuk maklumat lanjut boleh layari Celcom.