Celcom Perkenal Perkhidmatan Penghantaran 24 Jam - dash4ME

Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih melanda, orang ramai perlu akur untuk kekal berada di rumah. Namun, Celcom berikan tawaran menarik dengan memperkenalkan dash4ME.



Melalui dash4ME, anda boleh mengakses kad SIM dan peranti pintar yang akan dihantar terus ke rumah anda tanpa perlu beratur panjang.

Sehingga 30 November, 100 pelanggan pertama yang beli Celcom MEGA Unlimited L, plan Mega Lightning L atau XL dan device bundle atau Easyphone dengan pelan pascabayar Mega akan menikmati penghantaran percuma.

Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran 24 jam tetapi hanya tersedia di Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur).

Tambahan, sebanyak 50% diskaun bil yang diberikan kepada pengguna yang baru berdaftar untuk Celcom MEGA dan pelan pascabayar keluarga selama 3 bulan sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, Celcom juga mengadakan kempen Be A Winner mulai hari ini hingga 31 Disember 2020.



Ia menawarkan dan berikan peluang kepada pengguna prabayar dan pascabayar untuk menangi hadiah seperti Myvi, Apple Airpods dan banyak lagi.

Anda hanya perlu melanggan sebarang pelan dari kedai dalam talian Celcom dan muat turun aplikasi Celcom Life untuk penyertaan.

Pengguna turut dapat menikmati penjimatan sehingga RM 120 untuk pelan pascabayar Celcom MEGA dan InternetGo, 7 hari pas internet tanpa had untuk prabayar Xpax secara eksklusif dalam talian mulai hari ini hingga 26 Oktober.