Bermula dari bulan Januari sehingga Mac yang lalu, Celcom telah merekodkan sejumlah 14,460 aduan daripada pelanggannya.
Aduan tertinggi oleh pelanggan Celcom pula direkodkan berlaku sepanjang bulan Februari lalu dengan jumlah sebanyak 6,349 aduan.

Maxis pula telah menerima aduan sebanyak 10,237 aduan dengan aduan tertinggi juga turut berlaku sepanjang bulan Februari 2021.
Sekaligus meletakkan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan kedua paling teruk teruk di Malaysia setakat Mac 2021.
Manakala Digi pula merekodkan sebanyak 9,098 aduan oleh pelanggannya dari Januari sehingga Mac lalu dengan rekod aduan tertinggi juga berlaku pada Februari lalu.
Berikut adalah senarai penuh jumlah aduan yang diterima oleh semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dari bulan Oktober 2020 hingga Mac 2021 sepertimana yang dikongsikan oleh JENDELA baru-baru ini.

Melihat kepada carta di atas, ia menunjukkan corak yang hampir sama khususnya sepanjang bulan Februari 2021. Ini berlaku kerana dipercayai kesan daripada pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan semula.
Sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan aliran trafik internet yang tinggi disebabkan orang ramai kembali bertugas dari rumah sehingga berlakunya gangguan perkhidmatan.
Sumber: JENDELA
Berkaitan
- Perluasan Liputan 5G Akan Membolehkan Harga Internet Diturunkan - Menteri
- Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini
- Penduduk Di 50 Daerah Ini Paling Banyak Membuat Aduan Masalah Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia
- Lazada Malaysia Bersedia Dengan Penguatkuasaan Cukai Digital
- Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”
- Lebih Daripada 11 Ribu Aduan Sudah Dikendalikan SKMM Setakat 6 Bulan Pertama Tahun Ini
- Malaysia Ditangga Ke-18 Sebagai Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet
- AirAsia Terima Aduan Tertinggi Setakat Jun 2022 - MAVCOM
- “OPPO Hub” Dibangunkan Di 29 Digi Store Di Seluruh Malaysia
- Tebus Rebat Dari Celcom Sehingga RM360 Dan Nikmati Telefon Percuma