Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan Semua Rangkaian Sama Darjat, Celcom Dinobatkan Penyedia Liputan Rangkaian 4G Terbaik Di Malaysia Oleh OpenSignal

Celcom Menjalankan Penyenggaraan Rangkaian Sehingga 31 Ogos Secara Berperingkat Di Beberapa Daerah

Diterbitkan Ogos 24, 2021 · Dikemas kini Ogos 24, 2021 oleh ariff bukhari

Celcom memaklumkan bahawa mereka kini sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rangkaian yang melibatkan beberapa daerah di beberapa buah negeri di Malaysia

Kerja-kerja penyenggaraan itu yang dibuat secara berperingkat sudah bermula sejak 23 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos 2021.

Masa penyenggaraan yang dijadualkan pula adalah berbeza waktu mengikut daerah dan negeri yang terlibat. Ada yang bermula seawal dari jam 12.00 pagi dan ada yang bermula dari jam 8.30 pagi.

Sebagai contoh, kerja-kerja penyenggaraan rangkaian Celcom di beberapa daerah di Terengganu, Kelantan dan Pahang dari 23 hingga 26 Ogos akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Screenshot 2021-08-24 at 22.37.14

Celcom juga memaklumkan, pelanggan mereka mungkin akan alami gangguan rangkaian ketika aktiviti penyenggaraan rangkaian dijalankan di kawasan tersebut seperti perkhidmatan panggilan suara dan data internet.

Pelanggan Celcom boleh melayari laman rasmi Celcom Network Checker bagi menyemak negeri dan daerah yang terlibat serta waktu mula dan selesai kerja-kerja penyenggaraan rangkaian di kawasan mereka.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY