Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom 4G

Celcom Menjalankan Aktiviti Penyenggaraan Rangkaian Bermula Awal Pagi 28 Mei 2021

Diterbitkan Mei 27, 2021 · Dikemas kini Mei 31, 2021 oleh ariff bukhari

Penyedia rangkaian telekomunikasi Celcom memaklumkan bhawa mereka akan menjalankan aktiviti penyelenggaraan ke atas rangkaian telekomunikasi mereka bermula jam 12.00 pagi, 28 dan 29 Mei 2021.

Penyelenggaraan tersebut melibatkan sebahagian besar kawasan di beberapa negeri dan mungkin menjejaskan rangkaian Celcom anda ketika aktiviti penyelenggaraan dijalankan.

Berikut adalah lokasi yang terlibat dengan aktiviti penyelengaraan rangkaian Celcom serta masa ia bermula dan tamat:-

– 28 May 2021

12:00am – 4:00am : Kuala Lumpur – Keramat, Melawati, Wangsa Maju, Setapak, KLCC

12:00am – 6:00am : Beberapa kawasan lain di seluruh Malaysia

12:30am – 4:00am : Johor – Rengit

1:00am – 2:00am : Terengganu – Kuala Terengganu Metro, Manir, Padang Midin, Setiu, Merang, Gong Badak, Wakaf Tengah, Marang, Chendering, Batu Buruk, Permaisuri, Hulu Terengganu, Paka, Chukai.

Selangor – Shah Alam, Sabak Bernam, Sekinchan, Sunway, Port Klang

Kelantan – Chiku

Sarawak – Miri Town, Serian, Limbang, Kuching, Asajaya, Kanowit, Marudi, Sri Aman

Sabah – Keningau, Tenom, Penampang, Kunak, Papar, Semporna, Ranau, Bau, Kota Kinabalu Metro, Apas, Kudat

1:05am – 2:30am : Selangor – Taipan

1:30am – 2:30am : Sabah – Telipok, Tuaran, Putatan, Kingfisher

29 May 2021

12:15am – 4:00am : Selangor – Hulu Selangor, Sungai Besar, Sungai Buloh, Sabak Bernam, Sekinchan, Kuala Selangor, Jeram, Banting, Klang, Port Klang, Sungai Pelek, Shah Alam, Puchong, Kg Melayu Subang, Bestari Jaya, Ijok, Kapar, Meru, Bandar Puteri, Taipan, Tanjung Karang, Rawang, Bandar Puchong Jaya, WP Putrajaya

Pahang – Bukit Tinggi

Celcom menyatakan aktiviti penyelenggaraan itu biasanya dilakukan dari jam 12.00 pagi hingga 6.00 pagi. Tetapi terdapat juga aktiviti penyelenggaraan dilakukan pada masa lain.

Celcom menasihatkan kepada para pelanggannya untuk aktif dan nyah aktifkan telefon pintar mereka dalam mod pesawat (flight mode) jika mereka berdepan gangguan rangkaian selepas penyelenggaraan selesai.

Tetapi jika itu tidak membantu, mereka boleh menghidupkan semula (restart) telefon pintar mereka untuk segarkan kembali sambungan rangkaian Celcom di peranti mereka selepas penyelenggaraan tamat.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY