Celcom Mega Unlimited Postpaid Kini Tawar Naik Taraf Kelajuan Dan Kuota Hotspot Secara Percuma

Celcom menawarkan pelan kuota data tanpa had melalui Celcom Mega Unlimited. Melaluinya, walaupun data dan panggilan tanpa had, ia masih lagi mempunyai kelajuan dan kuota hotspot yang terhad.

Pelan Celcom Mega Unlimited M Pass menawarkan kelajuan internet 5Mbps dengan 5GB hotpost pada RM98 sebulan manakala Mega Unlimited L Pass pula berkelajuan 15Mbps dengan kuota hotspot 10GB.

Kini, kedua-dua pelan ini telah dinaik taraf oleh Celcom dari segi kelajuan dan juga kuota hotspot yang ditawarkan secara percuma.

Untuk Mega Unlimited M Pass, kini kelajuan internet telah dinaikkan kepada 10Mbps manakala hotspot pula kepada 10GB. Manakala Mega Unlimited L Pass pula telah dinaik taraf kelajuannya kepada 20Mbps dan kuota hotspot sehingga 30GB.



Disebabkan ia adalah naik taraf percuma, bayaran bulanan adalah sama sahaja seperti sebelumnya iaitu RM98 dan RM148 sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran Celcom Mega ini, boleh ke laman rasmi Celcom.

Sumber: Celcom