Celcom Lanjutkan Tempoh WhatsApp Dan Office 365 Tanpa Had Sehingga 14 April

Seperti yang anda sedia maklum, Celcom pada minggu lepas telah menjalankan penawaran istimewa buat pengguna mereka.

Melalui penawaran tersebut, pengguna Celcom disediakan dengan penggunaan WhatsApp dan Office 365 tanpa had. Ia juga diiringi bersama panggilan/akses percuma ke talian dan halaman web KKM, CPRC serta PKP.

Pada awalnya, penawaran itu diumumkan untuk tempoh 19 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Namun selari dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memanjangkan lagi tempoh PKP, Celcom turut sama melanjutkan penawaran tersebut.



The Movement Control Order will be extended to 14 April 2020. During this period, we’re also extending these services...

Posted by Celcom on Wednesday, March 25, 2020


Ini adalah untuk memastikan pengguna sentiasa berhubung dan sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung.