Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Celcom Lancarkan Sistem Pengawasan 5G Di Pelabuhan Langkawi

Posted on Januari 14, 2020

Baru-baru ini, syarikat Celcom Axiata Bhd telah melancarkan sistem Kawalan Sempadan Digital 5G di Pelabuhan Langkawi. Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Langkawi bagi menjalankan sistem tersebut.

Usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di Pelabuhan Langkawi selain menawarkan pemandangan digital persekitaran Pelabuhan Langkawi menggunakan kamera video 360 darjah 4K.

Dengan resolusi yang tinggi, kamera tersebut akan memanfaatkan keupayaan 5G rendah dan kelajuan data yang tinggi, disambungkan dengan perisian analisis video AI. Kamera yang digunakan boleh meningkatkan keselamatan sempadan untuk mencegah aktiviti kecurian dan penyeludupan. Selain itu, ia juga menggunakan pengimejan haba untuk memantau kawasan yang mudah terbakar.

Celcom juga mengalu-alukan kerjasama di seluruh industri dalam penggunaan rangkaian 5G yang dapat memanfaatkan perusahaan, pihak berkuasa, sektor awam dan juga sektor swasta.

Sumber : Bernama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress