Celcom Home Wireless – Internet Plug n Play Terbaru Untuk Anda

Anda merupakan seorang pengguna internet yang memerlukan sambungan data yang banyak dan pantas? Namun tiada sambungan internet fibre di kawasan anda? Jangan risau, Celcom ada jalan penyelesaian untuk masalah anda ini.

Celcom Home Wireless merupakan satu pelan terbaru di bawah pelan broadband mereka selain Celcom Home Fibre. Tidak seperti Celcom Home Fibre yang mempunyai data tanpa had, Celcom Home Wireless ini bagaimanapun menawarkan kapasiti data yang sebesar 1TB yang akan memberikan anda sambungan internet yang mencukupi.



Buat masa ini, Celcom menawarkan tiga pilihan pakej dibawah pelan Celcom Home Wireless iaitu yang pertama, Home Wireless Gold. Dengan bayaran bulanan serendah RM 70, pengguna akan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi sehingga 25GB selain 40GB data khas untuk digunakan untuk penstriman video dan muzik melalui Video Walla dan Music Walla.

Pakej seterusnya yang juga pakej paling popular di kalangan pengguna buat masa ini ialah Home Wireless Gold Plus yang menawarkan data sehingga 50GB, yang juga merupakan dua kali ganda data berbanding pakej Home Wireless Gold. Dari segi penstriman video dan muzik pula, anda akan diberikan 100GB data untuk tujuan berkenaan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM 100 sebulan.

Dan sekiranya anda merupakan pengguna internet yang tegar, pakej Home Wireless Platinum adalah yang paling sesuai untuk anda. Dengan bayaran RM 150 sebulan, anda akan dapat menikmati sambungan data sebanyak 150 GB selain penstriman Video Walla dan Music Walla sehingga 1TB. Tonton video dan dengarlah muzik sepuas-puasnya!

Berikut merupakan platform penstriman video yang merupakan rakan kongsi Celcom bagi Video Walla :



Manakala bagi Music Walla pula, antara rakan kongsi mereka ialah :



Selain daripada yang ada dalam imej di atas, beberapa siaran radio yang lain seperti KenyalangFM, KoolFM dan OneFM turut berada di bawah pakej Music Walla.

Sekiranya anda mendaftar untuk menggunakan pelan Celcom Home Wireless ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 2 tahun atau anda perlu membayar denda sejumlah RM 499 jika ingin menamatkannya lebih awal.

Akan tetapi jika anda kurang berpuas hati dengan perkhidmatan pelan ini, anda boleh membatalkan langganan anda secara PERCUMA dalam tempoh 30 hari pertama langganan. Oh ya! Tiada bayaran pendahuluan dikenakan untuk pelan ini dan peranti broadband akan dipinjamkan kepada anda secara PERCUMA!



Apa yang lebih menarik pada pelan ini, anda tidak perlu kemahiran komputer yang tinggi untuk menggunakan peranti tersebut. Cuma perlu sambungkan broadband pada plag, hubungkan dengan peranti anda dan nikmati internet berkelajuan tinggi ini. Mudah bukan?

https://www.youtube.com/watch?v=pKWMW5auc4I&feature=youtu.be

Anda juga boleh berkongsi keseronokkan melayari internet dengan keluarga dan rakan-rakan anda kerana peranti broadband ini membenarkan sehingga 64 sambungan peranti keseluruhannya. Anda boleh semak sama ada kawasan anda menyokong sambungan Celcom Home Wireless atau tidak di sini.

Apa lagi tunggu? Daftar sekarang di gerai rasmi Celcom berhampiran dengan anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ini, layari laman sesawang rasmi Celcom Home Wireless dan mula nikmati internet berkelajuan tinggi di kediaman anda.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Celcom Axiata Berhad.